Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.

sumber-wikipedia