Kiteretsu Daihyakka (bahasa Jepun: キテレツ大百科, "Ensiklopedia Kiteretsu") merupakan siri manga sains fiksyen oleh Fujiko F. Fujio yang pernah diterbitkan dalam majalah kanak-kanak Kodomo no Hikari dari April 1974 hingga Julai 1977. Manga ini kemudian diadaptasi menjadi siri anime TV sepanjang 331 episod yang eprnah disiarkan dalam rangkaian Fuji TV dari 27 Mac, 1988 hingga 9 Jun, 1996. Anime ini kini disiarkan di Malaysia melalui saluran Astro Wah Lai Toi sejak Mac 2007.

Watak utamanya adalah kanak-kanak lelaki genius dalam sains bernama Kiteretsu, yang menghasilkan robot sebagai teman bernama Korosuke. Dia kerap merentasi masa bersama rakan-rakannya dan Korosuke dalam mesin cahaya masa yang dibinanya. Miyoko adalah seorang kanak-kanak perempuan dalam kawasan perumahan Kiteretsu yang pokoknya merupakan "teman wanita"nya (sungguhpun mereka masih belajar di sekolah rendah). Terdapat banyak kesamaan dalam pembentukan dan wajah watak-watak utama jika dibandingkan dengan Doraemon yang juga direka oleh Fujio.

sumber-wikipedia