KEWUJUDAN manusia purba telah dibuktikan melalui penemuan mumia-mumia yang berusia ribuan tahun. Selain menjadi bahan sejarah tatapan umum, ia juga menjadi subjek kajian para saintis di seluruh dunia.

Penemuan mumia berkenaan bukan sahaja membabitkan manusia dewasa purba tetapi juga kanak-kanak.

Pada pameran dunia bagi mumia di Pusat Sains California Los Angeles (LA), sebuah mumia yang diberi nama Detmold Child turut ditayangkan.

Kanak-kanak berbangsa Peru berkenaan masih dalam keadaan baik dan dipercayai wujud pada tahun 4,504 hingga 4,457 Sebelum Masihi, iaitu kira-kira 3,000 tahun sebelum kelahiran Raja Tut dipamerkan pada prebiu media Jun lalu.

Pameran baru di LA itu membongkar misteri mumia yang belum pernah dilihat iaitu 150 spesimen dari Amerika Selatan, Eropah, Asia, Oceania dan Mesir.

sumber-kosmo