PERCATURAN Nokia memperkenalkan telefon bimbit pintar E71 pada pertengahan 2008 dan E72 pada hujung tahun 2009 sememangnya menjadi.

Kedua-dua gajet tersebut kini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari kalangan pengguna negara ini.

Meneruskan kecemerlangan fungsi bagi siri E itu, syarikat pengeluar produk telekomunikasi berkenaan telah memperkenalkan model terbarunya, E5.

Model tersebut yang menjanjikan aplikasi serta fungsi hiburan dan telekomunikasi menyeluruh bakal memberi kepuasan maksimum kepada pengguna.

Ia disempurnakan bersama papan kekunci QWERTY penuh untuk kemudahan mengakses aplikasi emel korporat mahu pun akaun e-mel popular seperti Yahoo!, Gmail, Windows Live Hotmail dan Ovi Mail.

Untuk fungsi pengimejan, model itu turut didatangkan dengan kamera lima megapiksel bersama kelebihan pemfokusan penuh dan flash LED.

Bagi yang tidak mahu ketinggalan mengemaskini akaun laman sosial mereka di mana-mana sahaja, gajet telekomunikasi ini turut dilengkapi aplikasi seperti Facebook, Twitter serta laman sembang seperti MSN dan Yahoo Chat.

Menurut Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlasta Berka, peranti tersebut dibangunkan untuk pelbagai golongan pengguna.

"Ini kerana pengguna hari ini lebih banyak menjalankan operasi komunikasi dan perhubungan menggunakan peranti mobiliti mereka,'' jelasnya.

Keunikan lainnya turut ditampilkan pada paparan skrin yang menyediakan capaian mudah kepada 20 orang rakan yang diintegrasi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial, emel dan panggilan suara.

Bagi memudahkan akses Internet pula, telefon bimbit itu turut menyediakan rangkaian sambungan HSDPA, HSUPA dan WLAN.

Dengan segala kelebihan tersebut, Nokia E5 kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM830.

sumber-utusan

sapa2 duit nuff dia banyak boleh la beli nih.