Ustaz Amirul, drama terbaru di slot Zehra menampilkan seorang ustaz yang hidup dalam dilema dalam percintaan sehingga dia memilih untuk hidup berpoligami.

Bagi pengarahnya, Ahmad Idham, drama Ustaz Amirul cuba merungkai tentangkisah hidup seorang ustaz dari kaca matanya sebagai seorang manusia biasa.

"Biasanya kita melihat ustaz sebagai seorang yang baik dan alim tetapibagaimanapun seorang ustaz tidak boleh lari dari nafsu dan perasaancinta.

"Jadi saya cuba menyampaikan cerita tentang kisah cinta seorang ustaz yang dalam dilema kerana mencintai dua orang wanita,"

Drama ini akan disiarkan di TV3 mulai 7 Januari ini, setiap Jumaat pukul 9 malam.

Ustaz Amirul, sebuah drama rantaian terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang skripnya ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Drama ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri-sendiri.

Selain Ashraf, turut membintangi drama ini adalah Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan Zoey Rahman.-petikan- mstar