Sinopsis Anissa Dan Anissa TV3
Mengisahkan dugaan hidup dilalui Anissa selepas dia dikhianati rakannya, Soraya yang mendambakan cinta suaminya, Pramana. Kehidupan Anissa berubah sekelip mata selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya yang dirancang oleh Soraya.

Pramana percaya Anissa sudah meninggal dunia kerana polis menemui mayat rentung seorang wanita sehingga dia tidak dapat mengecam wajah mangsa.

Namun tiada sesiapa tahu sebenarnya Anissa masih hidup selepas diselamatkan satu keluarga dari kampung berhampiran lokasi kemalangan.

Akibat kejadian itu, Anissa hilang ingatan dan keluarga yang menyelamatkan wanita itu membuat keputusan untuk menjaganya dan memberi nama baru iaitu Yanti.

Masa berlalu dan Anissa dijaga dengan penuh kasih sayang. Kini, Anissa bercita-cita menjadi pereka fesyen baju terkenal kerana berpendapat cara itu membolehkannya mencari bapa kandungnya.

Namun, impiannya itu terpaksa dilupakan kerana tangan kanannya lumpuh akibat insiden menyelamatkan Desta daripada kemalangan.

Sejak kejadian itu, Anissa dan Desta mula rapat, namun malangnya hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada ibu Desta iaitu Soraya.

Soraya sekali lagi berpakat dengan Chandra untuk menghapuskan Anissa kerana dia dapat merasakan gadis itu adalah anak kepada suaminya.

Sementara itu, Chandra juga tidak senang duduk apabila mendapat tahu kedua-dua anaknya, Desta dan Sandy merebut cinta daripada perempuan sama.

Kemudian, Desta mula menjejak anak kandung Chandra yang didapati masih hidup. Pencarian anak kandung Pramana bertambah sukar apabila ada gadis lain mengaku mereka adalah anak lelaki itu.

Berjayakah Pramana bertemu Anissa? Siapakah yang akan menjadi pilihan hati Anissa, adakah Desta atau Sandy? (Sinopsis dari metro 29/4/2014)

Lakonan
Natasha Rizky, Ali Syakieb, Nunu Datau dan Adjie Pangestu.

Mulai Rabu 30 April 2014, Isnin-Khamis jam 2 petang di TV3