Review/Ulasan Drama All of Us Are Dead/Jigeum Uri Hakgyoneun 2022 Season 1 Yang Mula Ditayangkan Di Netflix Pada 28 Januari.
All of us are dead merupakan sebuah drama siri tv yang dibintangi oleh Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Cho Yi-hyunce, Lomon, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi, Kim Byung-chul. Cerita ini berlatarbelakangkan sekolah menengah di Korea utara bila secara tiba-tiba serangan zombi berlaku dan mengancam keselamatan pelajar di situ.


Ulasan All of Us Are Dead: Episod 1
Sekumpulan pembuli yang diketuai oleh yoon Gwi-nam Dari sekolah menengah Hyosan telah menyerang Jin-Su sehingga terjatuh Dari bumbung sekolah. Dia dimasukkan ke hospital, guru sains sekolah tersebut Lee Byeong-chan menyedari yang Jin-su telah berubah menjadi seperti zombi lalu membunuhnya. 
[yusufultraman.com]
Tidak lama kemudian Seorang pelajar Kim Hyun-Joo telah digigit oleh seekor tikus yang telah dicemari oleh virus yang dicipta oleh Byeong. Byeong telah mengurung Kim Hyun sehingga akhirnya dia terlepas dan menggigit seorang jururawat sekolah. 


Di sinilah bermulanya bagaimana zombi ini merebak di sekolah menengah Hyosan.

Lakonan 
Park Ji-hu, Yoon Chan-young, Cho Yi-hyun, Lomon, Yoo In-soo, Kim Byung-chul, Lee Yoo-mi, Lee Kyu-hyung, dan Jeon Bae-soo.

*nantikan review episod 2 dan 3 selepas ini

Semua Episod: Episod 2 & 3Episod 4