Pihak polis Song telah menangkap Byeong kerana telah mencipta virus itu lalu dia menyatakan kekecewaan terhadapa pihak sekolah yang tidak menangani kes buli anaknya dan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan pada pembuli anaknya.
Jadi dia mencipta virus untuk menjadikan anaknya kuat Dan akhirnya menjadi zombi. Byeongb memberitahu polis (Jae-ik) yang menahannya bahawa komputer ribanya di makmal sains sekolah mengandungi semua data yang berkaitan dengan penyelidikannya.
Zombi telah berjaya masuk ke dalam balai polis tersebut,Jae-ik berjaya melarikan diri bersama rakan2 setugasnya dengan misi utamanya menuju ke makmal sains sekolah mencari komputer riba Byeong yang mampu menamatkan virus zombi ini.Gerombolan yang dijangkiti mengerumuni balai polis.
[yusufultraman]
Sementara itu, Su-hyeok dan Cheong-san cuba mencari telefon bimbit yang berfungsi di bilik-bilik darjah. Tetapi mereka terpisah akibat dikejar zombi. Su-hyeok berjaya kembali bersendirian ke bilik penyiaran dimana mereka berlindung. Cheong-san terpaksa bersembunyi di dalam bilik pengetua, di mana dia menyaksikan Gwi-nam si pembuli membunuh pengetua sekolah mereka.
*review/sinopsis semua episod: Disini
0 Ulasan