Sinopsis Drama Zombi Korea All of Us Are Dead 2022 Episod 5
Gwi-nam dan Cheong-san telah bergaduh di perpustakaan sekolah dan Cheong-san telah membutakan Gwi-nam di mata kiri dan melihatnya digigit oleh sekumpulan zombie. Cheong-san berjaya melarikan diri. Jun-yeong dan On-jo berjaya mendapatkan dron terbang dari makmal sains dan berjaya mengesan Cheong-san yang bersembunyi di dalam bilik muzik. Mereka membawa drone itu ke luar sekolah dan melihat kemusnahan yang teruk.

Sementara itu, mangsa yang terselamat di tandas Jun-seong, Mi-jin, Min-jae dan Ha-ri berjaya memasuki taska sekolah, sebelum menuju ke pusat latihan memanah dan menggunakan telefon kecemasan untuk mememinta bantuan. 


Polis Jae-ik dan rakan setugasnya Ho-chul berjaya mencari perlindungan di sebuah restoran ayam goreng di mana mereka menemui seorang pelajar sekolah menengah Hyosan bernama Park Hee- su, yang dijangkiti dan telah mengikat dirinya sendiri di pintu, kerana bimbang dia akan mencederakan anak yang baru dilahirkan. Jae-ik menyelamatkan bayi itu walaupun dibantah oleh Ho-chul.

Pada masa yang sama, So-ju dan kumpulannya berjaya sampai ke zon kuarantin tentera. Gwi-nam telah menjadi separuh zombi dan berusaha mencari Cheong-san untuk membalas dendam.

*review/sinopsis semua episod: Disini