Live Suku Akhir BAMTC Malaysia VS China 17 Februari 2023

Semalam tamat peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai dengan skuad Malaysia tewas 4-1 kepada India yang begitu sukar untuk dikalahkan. Hanya 1 kemenangan dari beregu lelaki melalui Aaron Chia/Soh Wooi Yik mengalahkan Dhruv Kapila/Chirag Shetty. 

Keputusan semalam boleh rujuk Disini

Setelah tamat peringkat kumpulan, India juara, Malaysia naib juara, Kazakhstan ketiga dan UAE terakhir bagi kumpulan B. Dengan itu India dan Malaysia layak ke suku akhir yang akan berlangsung jam 8 malam ini.

India diundi bertemu Hong Kong dan Malaysia sebagai naib juara diundi bertemu China yang menjadi pilihan utama kejohanan BAMTC 2023 Ini.

Berikut adalah jadual suku akhir BAMTC 2023
Korea Selatan VS India
Thailand VS Jepun
India VS Hong Kong
China VS Malaysia

Mari kita lihat keputusan pasukan China di peringkat kumpulan bersama Singapura, Uzbekistan dan Korea Selatan dalam kumpulan A.

14/2/2023: China 5-0 Uzbekistan
15/2/2023: China 5-0 Singapura
16/2/2023: China 3-2 Korea Selatan

Mengikut keputusan skuad China yang agak baik ini, mampukah Malaysia menjinakkan pasukan itu yang dikhabarkan tidak menurunkan skuad terkuat mereka dalam kejohanan BAMTC ini.

Badminton Asia Mixed Team Championship 2023
China VS Malaysia
Dubai Exhibition Centre, UAE
Jumaat, 17/2/2023 - Jam 8 malam waktu Malaysia

Live Suku Akhir Badminton BAMTC Malaysia VS China 17 Februari 2023


Barisan Pemain Malaysia VS China
Perseorangan Lelaki
Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita
Goh Jin Wei

Beregu Lelaki
Teo Ee Yi/Ong Yew Sin

Beregu Wanita
Pearly Tan/M Thinaah

Beregu Campuran
Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

*diatas hanya barisan kemungkinan bertemu China, akan diupdate apabila senarai rasmi dikeluarkan BAM sebelum perlawanan

*update 6ptg: barisan rasmi pemain bertemu China telah dikemaskini 

-----------------------------------------------
Jadual Dan Keputusan: Malaysia 2-3 China
akan diupdate apabila senarai rasmi dikeluarkan 

update 8.25mlm: game Malaysia VS China baru bermula

Game 1: Lee Zii Jia VS Lei Lan Xi
               (21-16, 22-20)

Game 2: Goh Jin Wei VS Gao Fang Jie
               (21-15, 13-21, 19-21)

Game 3: Teo Ee Yi/Ong Yew Sin VS He Ji Ting/Zhou Hao Dong
               (22-24, 21-18)

Game 4: Pearly Tan/M Thinaah VS Liu Sheng Shu/Tan Ning
               (21-17, 12-21, 21-19)

Game 5: Tan Kian Meng/Lai Pei Jing VS Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping
               (15-21, 23-25)

*skuad Malaysia tidak layak ke separuh akhir tewas 3-2 kepada China dalam perlawanan yang agak sengit tadi

----------------------------------------------

update 8.20mlm: dipahamkan tiada siaran tv untuk Court 2.Game Malaysia VS China di Court 2. hanya ada siaran TV untuk Court 1. tengah cari sumber lain, andai ada akan diletak.. boleh klik live scores diatas untuk keputusan semasa.

*Jadual & keputusan penuh semua perlawanan Malaysia: Disini

FOTO: Page FB BAM