yusufultraman.com: IklanBlog
News Update
Loading...
Showing posts with label IklanBlog. Show all posts
Showing posts with label IklanBlog. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

23 hari bersama Advertlets



Salam.Ni la hasilnya 23 hari bersama Advertlets,Iklan Advertlets bukan kira klik tapi trafik..Makin banyak trafik makin banyak la dia.
Lebih kurang BE nuffnang tu..hehe.23 hari ada la rm44.33,paling tinggi rm11 sehari trafik hampir 4 k.Akibat kecurangan ultraman_88 bersama nuffnang,seminggu dapat la rm 1- rm 2..banyak x?banyak bukan?kalau rasa sayang tak payah la madukan nuffnang(cek ke 6 sampai dah minggu lepas).

Soalan dari Uncle
uncle:adverlets dah ok ke skrg nih? dengar kata susah nak bayar...
jawapan:Jawapannya senang,selagi kita tak cuba selagi tu la tak tau bayar ke tak..Saranan disini jom la uncle cuba sekali...Asyik dengar kata je tak puas kot sebab tak rasa sendiri..Sekian

Monday, December 13, 2010

Innity,Nuffnang,ManggaAd & Advertlets - Mana 1 pilihan hati

Ditubuhkan pada tahun 1999, Innity menyediakan teknologi pemasaran online dan perkhidmatan untuk pelbagai jenama yang terbesar di dunia dan biro iklan. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia..

Innity komited dalam menjelajah peluang pemasaran online melalui kombinasi serbaguna kami kemampuan media online, pengaruh industri, teknologi mutakhir serta model canggih dan alat-alat analisa.
Mencapai lebih dari 2,1 bilion tayangan lebih dari 29 juta merupakan pengguna unik melalui 250 laman web. www.innity.com

Komen;Baik tapi syarat agak tinggi..
-Bayaran ok
Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.
Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.

Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia. www.nuffnang.com.my

Komen;Baik,sesuai untuk semua blog
-Bayaran ok


ManggaAd yang baru dilancarkan pada penghujung Mei lalu adalah kerjasama antara Kumpulan Utusan dan AdExcel, sebuah syarikat mempunyai kepakaran dalam bidang sosial media dan teknologi digital web 2.0.

Rangkaian iklan blog terbaru ini dikendalikan oleh mereka berpengalaman dari Utusan Media Sales (UMES), Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) dan Adexcel sendiri yang diberi nama ManggaAd Team.

ManggaAd memberi peluang kepada pemilik-pemilik blog untuk menjana pendapatan untuk kandungan blog mereka melalui kempen-kempen iklan dengan lebih berkesan. network.manggaonline.com.my

Komen;Masih baru tapi dah ada yang dapat bayaran..iklan agak berat.


Advertlets.com adalah blog Asia / weblog rangkaian pengiklanan yang menawarkan proposisi sangat masuk akal daripada yang disasarkan, iklan unintrusive bahawa manfaat iklan online dan komuniti blogger, serta pembaca mereka.Blogger mendapatkan iklan yang lebih baik yang relevan dengan pembaca mereka, dan pengiklan membuat iklan mereka dolar dan menghitung mesej mereka. www.advertlets.com

Komen;Yang ni kes berat,ramai cakap scam tapi ada juga yang dibayar..Ntah la..

Pilihan ultraman Innity dan Nuffnang..Tepuk dada tanya selera;Pilih yang terbaik


Wednesday, November 03, 2010

Nuffnang,Cek ke 5,trafik dan prestasi Oktober

Trafik bulan Oktober

Referrals terbaik jatuh kepada Sis Dahlia

Sekian lama tak dapat Buffered,akhirnya dapat jugak..kes curang dulu2 la nih..hehe

Alhamdulillah..cek ke 5 sampai semalam

Wednesday, September 08, 2010

Cek ke 4 dari Nuffnang dan prestasi blog


salam semua,selamat petang..
Alhamdulillah cek ke 4 dari nuffang dah selamat sampai kemarin
cek korang dah sampai ke?yang ke 4 ni xda la banyak mana tapi duit jugakkan..
syukur la tu..biasa la bila menduakan nuffnang iklan pon separuh harga.
sekarang dah kembali bersama nuffnang

ni prestasi blog dari 1sep-7sep
6sep terkena kejutan elektrik ckit
terima kasih pada sis Dahlia atas tips yang diberi
boleh dibuat sifu nih..hehe

ni plak buffered earning(BE)
setelah 2 bulan tanpa BE sekarang dah dapat balik..BE ke 30 lebih..
awek hijau dah digugurkan kejap..kejap atau selamanya..ntah la
sampai disini dulu..
SELAMAT HARI RAYA SEMUA
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, July 30, 2010

Cashout nuffnang ke 4 dan cabut gigi


salam semua,selamat hari jumaat.hehe
syukur alhamdulillah cashout ke 4 selamat ditekan td..
cashout bulan 6 lepas pon blum smpai dah cashout lagi..
bulan ni 60 je...bulan 7 blog ni dalam keadaan kekalutan ckit..kejap ada mangga kejap ada hijau..ni ada hijau balik..ntah la susah nak buat keputusan..xsetia ke aku nih..haha.
balik dari cabut gigi td bukak acc innity tgk ada iklan baru..tu yang pasang tu.

first time aku cabut gigi..haha..seram jugak mula2 tu..niat nak cabut dua batang gigi..
tapi family aku kata doktor xbg cabut 2 sekali..ikot doktor jgk la sebenarnya
masuk2 je bilik tu doktor tu tnya nak cabut 2 sekali ke?
aku tnya dia balik,boleh ke?bole je dia ckp.5 kali dia suntik ubt bius..haha
sekali 5 kali da kena cucuk..makan pon xlg nih.sakit plak skrg mungkin ubt bius dah abih kot..




Tuesday, July 13, 2010

ManggaAd jana pendapatan

KECANGGIHAN era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka ruang kepada para blogger bergiat aktif dalam alam siber.
Mereka tidak hanya menjadikan blog sebagai medium komunikasi dalam bentuk penulisan ataupun pengimejan malah memasarkan produk tertentu bagi menjana pendapatan.
Kini pemilik-pemilik blog mempunyai cara lebih mudah dan pantas untuk meraih pendapatan melalui blog mereka dengan menggunakan rangkaian iklan blog terbaru iaitu ManggaAd.
ManggaAd yang baru dilancarkan pada penghujung Mei lalu adalah kerjasama antara Kumpulan Utusan dan AdExcel, sebuah syarikat mempunyai kepakaran dalam bidang sosial media dan teknologi digital web 2.0.
Rangkaian iklan blog terbaru ini dikendalikan oleh mereka berpengalaman dari Utusan Media Sales (UMES), Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) dan Adexcel sendiri yang diberi nama ManggaAd Team.
Ketua Pegawai Eksekutif AdExcel, Darren Lee, berkata, ManggaAd memberi peluang kepada pemilik-pemilik blog untuk menjana pendapatan untuk kandungan blog mereka melalui kempen-kempen iklan dengan lebih berkesan.
"Selain daripada menjana pendapatan, kelebihan ManggaAd adalah blogger-blogger dapat berkenalan dengan blogger lain yang turut menggunakan rangkaian iklan blog terbaru ini.
"Ciri ini memberi peluang kepada blogger berkongsi pertalian untuk menjana lebih trafik ke laman mereka sekali gus meningkatkan interaksi," katanya ketika ditemui Kosmo!.
Darren Lee menambah, ManggaAd dapat memainkan peranan sebagai rangkaian sosial untuk blogger-blogger mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan bertukar pendapat dengan pengguna lain.
Ujarnya, antara muka menarik dan mudah dikendalikan menjadi tarikan kepada mereka yang menggunakan produk terbaru di alam siber ini. ManggaAd turut mendapat sokongan syarikat akhbar berpengaruh di Malaysia.
"ManggaAd turut mengetengahkan medium iklan interaktif berbanding dengan iklan statik yang agak membosankan. Pendekatan tersebut dijangka dapat menarik lebih ramai orang untuk mengunjungi sesuatu blog dan meningkatkan lagi pendapatan.
"Penggunaan ManggaAd amat mudah dan pantas. Blogger-blogger ini hanya perlu mendaftar dengan tiga langkah mudah iaitu daftar akaun baru, aktifnya dan menggunakan widget kami di laman web atau blog mereka," katanya.
Dalam pada itu, Darren Lee menambah, pengiklan turut dapat menikmati faedah menggunakan ManggaAd kerana berupaya mendapat pendapat dan maklum balas dengan serta merta mengenai iklan dari pengguna Internet.
"Melalui pengiklanan sosial ini pengiklan dapat mengetahui trend terkini apa yang diinginkan pengguna Internet masa kini. Mereka tidak perlu lagi memikirkan untuk mengambil pakar-pakar pengiklanan yang mahal sekali gus menjimatkan kos pengiklanan.
"Pelbagai aktiviti akan diatur seperti pertandingan menawarkan hadiah-hadiah untuk menarik lebih ramai pengunjung menggunakan rangkaian iklan blog ManggaAd.
Sementara itu, Editor, Projek Khas (Online) UKSB, Mohd. Rosli Manah, berkata, pengguna rangkaian iklan blog ManggaAd boleh memilih menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Katanya, setakat ini ManggaAd berjaya menarik lebih 1,000 pengguna sejak ia dilancarkan dan dijangka lebih ramai akan menggunakan perkhidmatan terbaru tersebut.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian iklan blog ManggaAd boleh melayari laman web ManggaAd.com

sumber-kosmo

Saturday, June 19, 2010

Buffered hari rabu:Digi Live Music


salam semua..hari rabu lepas dapat Buffered lg..hehe
minggu ni dapat 2 plk..
bila ada buffered kena la trafik tinggi klu x rugi ler..
sbb iklan jenis cpc xkan timbul kat tmpat ada Buffered ni.
tapi tula la trafik ssh nk naik tinggi..ekeke
sis dahlia tu lain le..laju btl trafik blog dia..

Tuesday, June 15, 2010

Kereta & Motor

[keretaNmotor][recentbylabel2]

IT Terkini

[IT-Kini][recentbylabel2]
Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done