yusufultraman.com: tips
News Update
Loading...
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, September 02, 2013

Tujuh Cara Untuk Mengkritik Rakan Sekerja


7 cara berkesan untuk mengkritik rakan sekerja

1. Kenal pasti perilaku yang ingin dikritik
Sebelum kritik pastikan anda mengkritik perilaku yang dilakukan bukan dirinya. Bimbang andai anda tersalah kritik, timbul masalah lain seperti bermasam muka dan tak sehaluan pendapat. Jika sudah nampak perilaku negatif itu cuba kritik dengan guna bahasa lembut agar dia dapat terima dengan baik.

2. Kritik dengan lebih spesifik
Berterus terang dengan kesalahan rakan itu lakukan agar dia lebih memahami dan terus berubah untuk menjadi pekerja yang baik kemudian hari. Kemudian nyatakan dengan lebih jelas kesalahan yang dia buat agar dapat dia tingkatkan mutu kerjanya.

3. Tunjuk bahawa anda sedia untuk membantu
Ketika kritik rakan, tunjukkan bahawa anda sedia untuk bantu dirinya bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan agar dia rasa anda ambil berat ke atas dirinya dan akan menerima setiap kritikan yang anda katakan. Walaupun pedih, dia dapat rasai bahawa anda prihatin dengan setiap tingkah lakunya.

4. Jangan berkias atau menyindir
Ini haruslah dijauhi kerana mereka akan berkecil hati dengan anda dan agak sukar untuk kalian bekerjasama kemudian hari. Ungkapkan kritikan anda itu dengan perkataan yang lebih jelas agar dia mudah faham.

5. Jangan naikkan intonasi suara
Ketika kritik jangan sesekali naikkan intonasi suara itu agar dia tidak berkecil hati. Bila anda guna nada suara tinggi akan kelihatan kasar dan marah dengan kesalahannya itu lalu membuatkan dia berasa hati dan sukar menerima kritikan anda malah tidak lagi menegur sapa dengan anda.

6. Tawarkan bantuan
Jangan sekadar memberi kritikan tapi cuba hulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya. Bantulah apa yang perlu dan pantau setiap kerja yang dilakukan agar kesilapan yang dilakukan tidak berulang kembali.

7. Tunjukkan bahawa anda memahami perasaan rakan itu
Meletakkan diri anda di tempatnya dan mendalami perasaannya ketika itu kemudian cuba berkongsi pengalaman pahit itu bersamanya agar dia rasa diri tidak terlalu dibebani dengan hal-hal urusan kerja pejabat.


**Semoga hubungan anda dengan rakan baik-baik saja**-------------

petikan metro - artikel asal bertajuk Suka cari pasal (Gen Y @ Metro)

Saturday, March 23, 2013

Lima Tips Mudah Atasi Tekanan



Tip untuk membantu anda mengatasi tekanan agar tidak melarat..

1) Menyanyi sekuat hati
-Lakukan rutin harian seperti biasa namun cuba menyanyi sekuat hati ketika sedang mandi, memandu, memasak. Salurkan kemarahan anda melalui nyanyian.

Tuesday, January 01, 2013

Cara Mengatasi Kemarahan


-Jangan biarkan kemarahan menguasai diri.
-Jika wujud rasa marah dalam diri, jauhkan diri dari individu yang menyebabkan kemarahan. Cuba duduk dan tenangkan diri.

-Dapatkan bantuan ibu bapa atau bercakap kepada mereka mengenai sifat marah yang ada dalam diri.

Tuesday, October 02, 2012

6 Sebab Pelan Diet Gagal


Ramai yang hendak mengurangkan berat badan mempunyai pelan diet tersendiri. Keazaman mengamalkan cara hidup sihat ini amat digalakkan agar menjamin masa depan yang sihat dan cergas.Namun, masih ramai yang sering melakukan kesilapan diet seperti mengikuti program diet segera.

Thursday, August 02, 2012

Sunday, June 10, 2012

Cara Atasi Masalah Berdengkur


Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur.
Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Friday, April 06, 2012

Tip Wajah Bebas Jerawat


1. Pastikan wajah anda selalu bersih. Gunakan pembersih wajah bebas minyak wangian (oil-fragrance free) dan pilih yang berlabel pH balance.

2. Jika memiliki kulit wajah berminyak, gunakan pembersih muka yang mengandungi benzoil peroxide atau salicylic acid.

Tuesday, December 21, 2010

Dating eratkan hubungan - Panduan ketika berdating

SUDAH berapa lama anda dan pasangan tidak meluangkan masa berdua-duaan pada hujung minggu? Kenapa sebelum kahwin kita berusaha untuk bersiar-siar bersama-sama tetapi selepas kahwin memberikan pelbagai alasan?

Jadi, apa salahnya pada hujung minggu, anda dan pasangan keluar berdua-duaan.
Selain menyeimbangkan masa mahupun mengembalikan nostalgia masa lalu, keluar dating dengan pasangan dapat memberikan ruang dan masa berbual bersama, menyelami hati masing-masing dan memberikan sedikit rasa kemesraan.

Tidak semestinya keluar dating ini memerlukan duit poket banyak, memadailah dengan mengunjungi tempat yang berpatutan dengan bajet anda.

Tapi sebelum keluar pastikan anak-anak diurus dengan sebaiknya atau mendapatkan penjaga untuk mereka.

Aktiviti ketika berdating

- Makan bersama
Tidak kisahlah anda hendak makan waktu apa, sarapan, tengah hari, petang mahupun malam.
Kalau makan malam pastinya ia makan di bawah sinaran cahaya , romantiknya.

- Bermain boling atau ke taman bunga
Bagi yang tidak pandai bermain boling, saat inilah pasangannya boleh memberi tunjuk ajar. Cubalah, pastinya pegangan-pegangan sayang daripada pasangan anda itu menjadi.

- Ambil gambar kenangan
Sediakan kamera untuk merakam gambar kenangan anda berdua. Gambar ini akan meninggalkan kenangan dengan pasangan ketika bersama.

- Menonton wayang
Juga satu kelebihan bagi mereka yang inginkan perhubungan yang hangat. Mungkin boleh menonton cerita yang agak romantik. Bukan cerita itu yang penting tetapi saat bersama itu yang mustahak.

Panduan ketika berdating

- Tampil dengan perubahan
Biarpun tidak memerlukan pakaian yang mahal dan terdedah, penampilan tidak perlu terlalu over. Cukup sekadar dilihat oleh pasangan anda sesuatu yang baru dan menyenangkan hati. Pakailah sedikit mekap untuk penyeri sekiranya anda di rumah kelihatan kusut-masai.

- Berpegangan tangan
Apa yang nak dimalukan untuk berpegangan tangan. Pada waktu ini semua orang akan melihat betapa intimnya anda dengan pasangan.

- Jangan jadi bisu
Pastikan sepanjang bersama pasangan, banyak perkara dibincangkan. Bukanlah perkara yang terlalu berat untuk difikirkan tetapi topik yang menjadikan saat anda bersama itu indah.-sumber utusan

Monday, December 13, 2010

Seni mengurat dalam islam - Part 2

Sambungan part 1
Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.

Jika bersedia, bawalah keluarga berjumpa dengan wali perempuan untuk mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dengan lebih jelas.

Selepas kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas bertunang, haram bagi seorang wanita itu dipinang lelaki lain.

Sepanjang masa pertunangan, mereka boleh mengenali di antara satu sama lain. Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis perkahwinan.

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan 'lesen' melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.

Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.
Jika masih 'berat' bertemu jodoh, jangan bersangka buruk kepada Allah. Ini pastinya satu ujian yang mengandungi 1001 hikmah.

Barangkali Allah mahu selamatkan mereka daripada mendapat pasangan tidak sesuai. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan agar Allah permudahkan urusan kita.
Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat agama.

Nabi Muhammad s.a.w memberi panduan melamar seorang wanita adalah dengan melihat calon mengikut aturan yang ditetapkan syarak.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu'bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Pergilah untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua".

Lalu dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebelum berkahwin pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kepada seseorang yang akan menikahi seorang wanita: "Apakah engkau telah melihatnya?" Ia menjawab: "Belum:. Baginda bersabda: "Pergi dan lihatlah dia".

Meskipun sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat Quran yang menegah daripada berlakunya perzinaan.

Berpacaran bukanlah perkara yang tepat bagi mengenal pasangan. Mereka boleh mendapat maklumat daripada orang hampir dengannya seperti sahabat baiknya.

Minta penilaian daripada orang tua dan keluarga sebab mereka yang 'jatuh cinta' tidak melihat kekurangan pasangannya, bau busuk pun dikatakan wangi.
Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kepada kita.

Berikan pujian dengan ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka. Jadikan mereka mempercayai kepada keikhlasan kita supaya mereka dapat berkongsi suka duka atau luahan emosi.
Janganlah bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang kepada pasangan. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.

Untuk menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang kepada kita, bersihkan hati dengan menjaga ibadah seperti solat, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan, banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yang positif.

Dilahirkan sebagai lelaki, kita perlu banyak belajar mengenal kerenah wanita terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka.

Cuba elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk atau memalukan bakal mereka.

Pasangan pastinya akan tertarik kepada jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah atau keturunannya.
Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yang gembira yang dalamnya ada terselit kisah lucu.
Apa yang paling penting, carilah bakal bakal pasangan yang sekufu, setara dan sepadan dengan kita. Kehidupan yang lalui adalah 'medan' untuk terus memperbaiki diri dan belajar sesuatu perkara yang baru.

sumber-metro

Seni mengurat dalam islam - Part 1

Larangan dalam berpacaran
SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.

Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi isteri kita.

Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakan menyerahkan kepada ibu bapa untuk memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat.

Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan.

Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh.
Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ada sebahagian yang 'kuat' jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin.

Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan itu pastinya dari 'mukadimah' cinta iaitu mengurat.

Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?
Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ia membawa kepada kebaikan.

Contohnya, seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yang dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada.

Tetapi, dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku perkara yang bertentangan dengan agama iaitu perzinaan.

Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat". (Surah al-Israak ayat 32)

Justeru, apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain memelihara diri daripada keghairahan seks yang boleh membawa kepada zina.

Islam tidak menyekat fitrah manusia untuk sayang menyayangi, cuma kita dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kepada kemaksiatan.

Islam tidak pernah menghalang memikat atau mengurat, tetapi perlu ada seninya dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan teman hidup, mereka perlu berjumpa dengan wali untuk meminang.
Menjadi satu kesilapan jika terus bertemu wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.

Kita dianjurkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

Thursday, November 11, 2010

Bahana cemburu - Cara terbaik hindari rasa sakit hati

SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau paling tidak iri hati ketika di bangku sekolah. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.
Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan.
Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.

Faktor iri hati itu jika diselidik, tiada tembok sempadannya. Sama ada antara lelaki bersama lelaki, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan wanita. Ada banyak sebab yang memungkinkan perasaan cemburu timbul.

Antara faktor cemburu termasuk melihat kejayaan orang lain; kebahagiaan yang mereka kecapi; kelebihan dari segi paras rupa; kenaikan pangkat; perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.

Jika dikaji, tiada sebab untuk seseorang cemburu dengan kejayaan orang melainkan dirinya sendiri harus berusaha mengubah nasib. Jangan jadikan perasaan cemburu dan iri hati sebagai penghalang untuk terus mengejar kemajuan.
Tidak salah untuk berasa cemburu ke atas kejayaan individu lain asalkan perasaan itu diselangi dengan semangat baru untuk sama-sama beroleh kejayaan.

Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.

Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.

Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.

Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.

Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.

Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu

1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.

3. Menangis semahunya
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.

7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

sumber-berita harian

Friday, October 08, 2010

Panduan lupakan bekas kekasih

Hapuskan kenangan lalu bina hidup baru
MEMANG sukar memujuk hati untuk menerima kenyataan diri sudah ditinggalkan sama ada baru putus cinta, sering ditinggalkan kekasih atau berpisah dengan suami.

Berikut sedikit panduan untuk wanita yang ingin melupakan saat memilukan bersama bekas kekasih selama-lamanya.

# Kesedaran amat penting. Sedarlah anda dan si dia bukan lagi teman yang pernah berkongsi perasaan. Bukan bermakna anda harus melupakannya terus, tetapi berfikir dengan wajar supaya ia tidak mengganggu perhubungan dengan kekasih atau suami anda kini.

# Jaga sikap. Jika anda berhadapan dengannya, pamerkan sikap sewajarnya.
Jika anda tersalah tingkah mungkin si dia salah mengerti. Jika bekas kekasih mengajak ke sesuatu tempat, jangan terima ajakannya dan itu harus sampai ke pengetahuan kekasih baru atau suami anda demi kebaikan kedua-dua pihak. Elakkan ke tempat yang pernah menjadi kenangan anda bersamanya.

# Perkenalkan suami atau kekasih anda. Jika berkesempatan berbicara dengan si dia, jangan menyentuh perkara atau masalah lalu, tetapi berbual mengenai keadaan dan kehidupan sekarang.

Sesekali pamerkan pasangan anda, tetapi bukan bermaksud untuk membandingkan dengan si dia melainkan untuk menunjukkan bagaimana kehidupan anda kini.

# Tunjukkan kebahagiaan anda. Ketika ini anda bahagia dengan suami atau kekasih baru, ceritakan apa yang dialami atau pernah dikongsi bersamanya.

Jangan biarkan bekas kekasih berfikir anda lemah setelah ditinggalkannya. Dalam pada itu, jangan menganggap bekas kekasih itu sebagai musuh, tetapi mungkin dia boleh jadi sahabat terbaik dan hadkan hubungan dengannya.

Secara tidak langsung, hormati kekasih atau suami kerana anda layak memperoleh, merasakan dan memiliki cinta yang baru.

# Hapus kenangan bersamanya. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan, gambar berdua mahupun hadiah pemberiannya.

Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya termasuk pesanan ringkas (SMS) atau pesanan suara di telefon daripadanya.

# Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.

# Berhenti membandingkan. Sikap anda yang suka membandingkan si dia dengan teman lain sepatutnya disingkirkan.

Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama sehingga sanggup menggunakan pelbagai macam alasan.

# Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan (jika belum dimiliki).

Bagaimana harus menjalani hari mendatang tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas itu akan hilang dengan sendirinya. Malah anda harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

# Rakan pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah sudah dilakukan untuk melupakannya, ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran. Luahkan masalah itu kepada rakan yang boleh dipercayai dan jangan menyimpannya di dalam hati. Takut anda pula yang merana. Sedikit sebanyak, ia mungkin dapat menghilangkan kehadiran si dia daripada kotak fikiran.

sumber-metro

Friday, September 24, 2010

Langkah awal jika dirogol - Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol

Langkah awal jika dirogol - Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol

ADA beberapa panduan jika wanita berada dalam bahaya dan dirogol seperti dinyatakan dalam laman sesawang Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), http://www.wao.org.

Apa yang boleh dilakukan wanita sekiranya dirogol:
> Jangan membersihkan diri. Walaupun gerak hati mahu membersihkan diri, elak berbuat demikian. Pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan. Mungkin terdapat kesan air mani, cecair badan, lumpur, debu dan helaian rambut yang boleh dijadikan bukti penting.

> Pergi ke bilik kecemasan di hospital kerajaan. Doktor akan menjalankan pemeriksaan ke atas anda dan kawasan kemaluan termasuk pakaian. Anda diminta mengisi borang kebenaran untuk pemeriksaan yang akan dijalankan dan maklumat pemeriksaan itu akan digunakan dalam penyiasatan polis.

> Anda boleh meminta untuk diperiksa oleh doktor sakit puan wanita jika kurang selesa untuk diperiksa doktor lelaki. Staf hospital harus memberitahu pihak polis mengenai kejadian yang menimpa anda.
Seorang pegawai polis wanita akan mengambil maklumat laporan anda di hospital. Jika anda ke balai polis terlebih dulu, seorang pegawai polis wanita akan mengambil laporan anda dan menemankan anda ke hospital. Selepas laporan yang pertama, satu kenyataan bertulis lebih terperinci akan diambil. Anda mungkin akan diminta untuk menghadiri sesi mengenal pasti penjenayah.

> Menghubungi pertubuhan wanita. Anda mungkin memerlukan kaunseling dan sokongan.

Tindakan sekiranya dalam bahaya:
> Buat pelan tindakan mengenai apa yang anda akan lakukan dan ke mana anda akan pergi jika dalam bahaya. Beritahu anak-anak mengenai rancangan anda jika mereka cukup matang untuk memahaminya.

> Bawa bersama anak-anak jika anda boleh berbuat demikian. Jika anda terpaksa meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka boleh bersama anda secepat mungkin. Dapatkan nasihat peguam mengenai hak penjagaan segera.

> Apa juga jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan mempunyai petrol mencukupi.

> Simpan satu set kunci dan nombor kecemasan di tempat selamat.

> Selalu pastikan anda ada menyimpan wang untuk membantu anda melarikan diri.

> Bawa bersama kad pengenalan, surat penting dan ubat-ubatan yang perlu untuk anda dan anak-anak anda.

> Simpan senarai nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit di tempat tersembunyi.

> Gunakan perkataan berkod yang anda boleh gunakan di telefon dengan seseorang yang anda boleh percayai apabila anda dalam bahaya.

sumber-metro

Friday, August 27, 2010

Tip elak pembaziran - berbelanja besar

Berikut beberapa tip yang boleh dicuba untuk mengelakkan pembaziran dalam berbelanja dan pada masa sama, dapat menghangat­kan lagi suasana Aidilfitri kali ini.

# Rancang barangan yang ingin dibeli sebelum keluar rumah. Catatkan barang yang diperlukan lalu bawa kertas catatan itu ke mana-mana dan patuhi apa yang sudah anda tetapkan dalam kertas itu.

# Sebelum keluar rumah, bawa wang tunai saja mengikut jumlah harga barangan yang ditetapkan dalam kertas catatan itu. Tinggalkan kad kredit di rumah atau minta pasangan anda menyimpannya.

# Elakkan membawa anak-anak ketika membeli-belah kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barangan yang tidak sepatutnya.

# Jika ingin membeli ­barangan di luar perancangan, berhenti seketika dan berikan masa untuk berfikir. Jangan terus membelinya. Lebih baik pulang dan memikirkannya di rumah selama beberapa hari. Andai anda memerlukannya, barulah dibeli.

# Beli secara pukal. Ia jauh lebih murah berbanding jika membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan kecuali bara­ngan segar seperti sayuran, ayam dan ikan.

# Bekas makanan lama boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil di rumah. Caranya, balut bekas itu dengan kertas berwarna atau cat dengan warna kegemaran anda.

# Kertas dan kadbod lama sesuai digunakan untuk melapik serta menyimpan permainan. Kertas yang sudah digunakan pula boleh dijadikan kertas conteng untuk anak-anak. Jangan lupa mengitar semula jika ia tidak boleh digunakan lagi.

# Baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca. Ia memang sesuai sebagai alas kaki.

# Gantikan langsir di ruang tamu dengan langsir di dalam bilik dan lakukan sebaliknya. Begitu juga perabot. Susun atur semula kerana ia mampu mencetuskan suasana baru di ruang itu.

# Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan misalnya bekas bunga plastik dan kotak menyimpan majalah.

sumber-metro

Thursday, August 26, 2010

Panduan melayari bahtera perkahwinan - bentuk sifat cemburu positif

Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan:

# Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan.

# Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama.

Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.

# Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan.

# Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

# Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

# Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.

# Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.

# Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.

Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

# Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

# Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

# Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa.

# Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.

# Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga.

# Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

# Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

# Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

# Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

# Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.

# Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.

# Urus tekanan dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, ambil makanan seimbang, hentikan merokok, bercampur dengan orang yang positif, bermain dengan bayi, melihat ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

sumber-metro

sesuai untuk suami isteri diluar sana..hehe..blogger pon ramai je yang dah kahwin..

Wednesday, August 25, 2010

Didik anak gosok gigi

Teknik didik anak gosok gigi

Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.

Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak dan tidak membiarkan anak melakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak tidak tertelan ubat gigi.

Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak.

Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.

Ajar mereka menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh, lakukannya bersama anak mereka.

Pilih berus gigi dan ubat gigi se­suai mengikut peringkat usia kanak-kanak. Berus gigi beraneka bentuk serta warna akan mempengaruhi kanak-kanak memberus gigi.

Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi.

Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan ‘pengalaman ngeri’ apabila berhadapan doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan me­nyenangi doktor gigi.

Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai perjumpaan ­keluarga. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu bapa.

Rasa gerun dan gentar pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.

Jika anak menikmati makanan manis, ajar dia menggosok gigi selepas makan atau minum.

Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.

Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan gula dalam mulut.

Ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah gigi. Antaranya adalah pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.

Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula, tetapi tidak pula membersihkan gigi selepas makan.

Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari juga antara punca masalah gigi. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari.

Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jongang. Jika anak menghisap susu botol, pastikan puting susu dijauhkan dari mulut ketika dia tidur.

sumber-metro

Kereta & Motor

[keretaNmotor][recentbylabel2]

IT Terkini

[IT-Kini][recentbylabel2]
Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done