yusufultraman.com: blog //]]>
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 10, 2010

Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya

Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya

Hawa nafsu dorong penyakit hati

KETINGGIAN dan kemuliaan seseorang manusia menurut Islam bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya.

Rasulullah SAW menjelaskan perkara ini ketika ditanya seorang sahabat bahawasanya: “Wahai Rasulullah, siapakah di kalangan manusia yang terbaik? Lalu baginda menyatakan: “Orang mukmin yang bersih hatinya.” Namun ditanya sekali lagi: “Apakah maksud orang yang bersih hatinya?” Rasulullah SAW terus menyatakan: “Orang yang bertakwa serta bersih hati adalah mereka yang tidak menderhaka, bersifat khianat, dendam dan dengki dalam dirinya.” (Riwayat Ibnu Majjah) Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati, kerana penyakit ini muncul daripada dorongan hawa nafsu yang jahat dan hasil godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.

Berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW itu, sesungguhnya diketahui bahawa Islam sangat mencela sifat hasad dengki sesama manusia.

Sifat ini biasanya lahir daripada seseorang yang tidak menyenangi sesuatu kelebihan atau nikmat yang ada pada orang lain.

Lantaran apa yang dicita-citakan untuk menjadi seperti orang lain tidak tercapai yang timbul ialah menaruh sifat irihati dan dengki terhadap golongan yang lebih beruntung daripada mereka.

Lebih membimbangkan lagi, sifat dengki ini boleh membawa seseorang kepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalim terhadap sesama manusia.

Ini jelas dalam sabda Rasulullah SAW bahawasanya: “Jauhkan diri kamu daripada hasad dengki, sesungguhnya hasad merosakkan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering.” Sementara itu, sifat khianat boleh dianggap sebagai teman akrab dengan penyakit dengki kerana kedua-duanya lahir daripada hati manusia yang kotor lantaran sangat lemah keimanannya.

Ia termasuk dalam golongan orang munafik seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tanda orang munafik ada tiga, apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila diamanahkan dia khianat.” Selain itu, dalam menghadapi kehidupan ini, umat Islam hendaklah menjauhi sifat takbur dan sombong kerana ia satu daripada sifat tercela dan dibenci oleh Allah SWT.

Seseorang yang memiliki sifat takbur dan sombong akan membuat dirinya terlupa sebagai makhluk Allah yang serba lemah lagi banyak kekurangan. Perlu kita sedari, jika kita mempunyai sesuatu kelebihan, ia adalah sebenarnya pinjaman dan datangnya daripada Allah SWT bagi satu tempoh sementara saja.

Pada asalnya sifat sombong adalah sifat iblis yang dulunya diketahui tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS di dalam syurga sebagaimana diperintahkan Allah SWT.

Ini kerana iblis beranggapan dirinya lebih mulia dan hebat lantaran asal kewujudannya dari api, sementara Nabi Adam pula dari tanah.

Jelas di sini, sifat-sifat tercela ini apabila wujud dalam sesebuah masyarakat, ia bukan hanya akan membawa kerosakan, malah orang yang bersifat demikian pun turut menerima padahnya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “… Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sikap bakhil, dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Oleh itu, sama-samalah kita menyucikan hati dengan menghindari sifat berkenaan supaya sama-sama beroleh rahmat daripada Allah SWT.

sumber-metro

Jumaat, Ogos 27, 2010

Warning: Visiting this site may harm your computer! (malware)

Warning: Visiting this site may harm your computer! (malware)


salam..selamat malam semua
sorry aku tak dapat masuk banyak blog sebab kes malware ni.
tak silap aku ni dari gengblogger..kat situ pon tulis dari sana..
apa yang perlu korang buat cuma buang banner/logo GB..bila dah ok nanti
pasang la balik..bukan suruh buang selamanya..hehe
sekian..iklan ini tiada tajaan dari mana2 pihak..harap maklum.

Khamis, Jun 10, 2010

Ahad, Mei 23, 2010

Ramalan page rank

Ramalan page rank

Tadi ke blog sis dahlia tengok dia ramal blog dia.
rasa nak ramal jugak la..
hasilnya 4.09/10..kira dalam page rank 4 la kot..
tapi tu la bukan kenyataan lagi,ramalan semata2..
jadi tunggu dan lihat jela nanti..


Sabtu, Mei 22, 2010

Cara pasang google analytics

Cara pasang google analytics

Google Analytics is the enterprise-class web analytics solution that gives you rich insights into your website traffic and marketing effectiveness. Powerful, flexible and easy-to-use features now let you see and analyze your traffic data in an entirely new way. With Google Analytics, you're more prepared to write better-targeted ads, strengthen your marketing initiatives and create higher converting websites.

1.pergi ke Google Analytics

2.masukkan email dan password

3.ikut contoh dibawah

4.ikut contoh dibawah
5.ikut contoh dibawah

6.ikut contoh dibawah

7.copy dan paste code tersebut di html/javascript.

8.pergi ke add gadget.
masukkan code diatas

9.siap




Khamis, Mei 20, 2010

Mencari trafik ibarat mencari ikan di sungai

Mencari trafik ibarat mencari ikan di sungai

Mencari trafik ibarat mencari ikan di sungai
sesuai tak tajuk ni?
kalau ke sungai nak tangkap ikan dengan tangan mesti xkan dapat
mesti kena ada alternatif lain contoh jala ke pukat ke apa ke..
sama jugak dengan trafik
tak kan nak harapkan bw je?
so kena la ada alternatif jugak..ping ke,join forum ke...facebook ke
sebar je kat mana-mana pon...kat tiang elektrik pon ok..haha
kena pbagaikan aliran trafik..bw 1oo,search engines ckit dan tempat2 lain ckit
lama2 banyak la kot..tu pon ada kot jugak.
setahun layan blog baru sekali visitor lebih 400..461,hampir2 500
kalau macam ni macam mana nak lawan sis dahlia tu..haha
uncle ada bagitau dia target 6 tahun dialam blog ni tuk popular..
anda pulak bagaimana?

Isnin, Mei 03, 2010

Khamis, April 29, 2010

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done